Tag Archives: kewangan

Nilai Masa dan Wang

Standard

Jadual dibawah aku petik dari sebuah buku yg aku baca. Buku “Celik Wang” yang aku perolehi semasa lawatan ke minggu saham anjuran ASNB di Kuching tak lama dulu. Rasanya kepada ibu bapa yg mempunyai anak-anak yg masih kecil patut mengambil langkah bijak dengan ikut teknik yang ditunjukkan

image

Ahmad, Siti dan Zainal masing masing melabur dalam satu institusi dana seperti ASNB atau Tabung Haji yang mungkin memberikan pulangan 10% setahun (Contoh sahaja).

Ahmad yg hanya menyimpan RM250 sebulan selama 5 tahun bermula dari usia 18 tahun akan memungkinkan beliau mempunyai RM467,913.00 pada usia persaraan (duit simpanan tersebut tidak diusik) manakala Siti yang memulakan simpanan RM250 sebulan bermula dari usia 22 tahun selama 8 tahun akan memungkinkan beliau memperolehi RM449,773.00 pada usia persaraan 55tahun.

Dan paling akhir ialah Zainal yang baru tersedar nak menyimpan RM250 sebulan pada usia 30tahun selama hampir 25tahun baru menunjukkan beliau hanya memperolehi RM360,300.00 pada usia persaraan beliau.

Ahmad mendapat lebih banyak wang pada usia 55 tahun berbanding Siti dan Zainal. Dia juga
melabur dengan jumlah paling minimum, iaitu RM15,000 sahaja.

Nota penting:

a. Pulangan pelaburan biasanya akan turun naik mengikut keadaan ekonomi dan pasaran saham – ada tahun-tahun yang mana pulangannya adalah kurang daripada 10% setahun dan ada pula yang melebihi 10% setahun. Maka, jumlah nilai pelaburan mungkin akan lebih atau kurang daripada jumlah pelaburan asal.

b. Jumlah pelaburan yang akan diperoleh oleh Ahmad, Siti dan Zainal pada usia 55 tahun adalah seperti perkiraan di atas selagi pulangan pelaburan tahunan adalah konsisten pada kadar 10% setahun.

Jadi KESIMPULANNYA, ambillah peluang di usia muda menyimpan dalam satu dana seperti ASNB atau Tabung Haji. In sha Allah anda pasti akan mempunyai nilai wang yg lebih di usia persaraan.