Tag Archives: jalan jalan

Misi cubaan menjadi hero heroin Hindustan Day 1

Standard

Perjalanan dari Simpang Ampat Pulau Pinang melalui lebuhraya PLUS yang mengambil masa 5 jam termasuk berhenti di R&R sememangnya memenatkan. Namun semuanya terubat dengan travel buddies yg sentiasa menceriakan keadaan. Inilah geng yg pernah sama sama ke Turkiye Disember 2019 lalu.

Kami tiba di KLIA2 hampir jam 2pm dan selepas urusan bagasi barulah kami masuk ke balai perlepasan antarabangsa hampir jam 5pm.

Flight kami berlepas dari KUL 7.15 pm (Flight Air Asia D7 182) dan tiba di Delhi International AirPort pada DEL 10.20 pm (Air Asia).

Selepas melepasi pintu imigresen India di AirPort Delhi kami berkumpul di luar utk menaiki MPV ke hotel transit.

Jalan Jalan Sabah (Day2)

Standard

Sambung dari cerita… Pukul 6pagi di KK dah mcm pukul 7.30pagi di semenanjung. So aku tel owner kereta sewa Ustaz Sabri yg aku cari dlm internet sebelum ni. Booking RM50 dah settle 2minggu sebelum aku ke KK. Jadi baki yg perlu aku bayar ialah RM150 sahaja lagi pada hari terima kereta. Kereta yg aku sewa ialah Viva 1.0 takde power steering dan auto. Fuhhhh jenuh mendaki bila nak ke Kundasang nanti.. Aku booking dari pagi Isnin jam 8am hingga Rabu 11.30pagi dan kadar sewaan memang berpatutan. Pemilik kereta dah tunggu didepan hotel seperti yg dijanjikan. Pemilik kereta minta aku hantar dia ke terminal 2 sebab dia ada kereta lain utk disewakan. So dlm perjalanan nak hantar ke Airport, aku bertanya tentang tempat sarapan yg menarik di KK, so dlm perjalanan ke Airport dia bawa kami ke sebuah restoran De’ Lengkuas. Lokasi aku taktau.. tapi senang nak cari… nanti aku Google maps tempat tu. Harga makanan kat KK ni memang standard mahal siot… tapi restoran ni walau mahal sedikit (dua org makan dengan lauk campur udang bertimbun, dan sotong, serta sayur dan air milo ais pekat total up RM20)

image

image

Lepas makan kami memulakan perjalanan terus ke Kundasang.  Aku guna khidmat Google maps dan panduan papan tanda jalan raya. Kami bertolak pada jam 9.56pagi dan tiba di pekan Nabalu jam 11.38pagi

PEKAN NABALU

image

Setibanya kami di Pekan Nabalu, disarankan kalau nak beli cenderamata Sabah, belilah disini sebab di KK harga yg ditawarkan tinggi dan susah sedikit nak tawar menawar.
image

image
image

image

image

image

Disini juga ada menara tinjau. Kalau anda bernasib baik boleh tgk Gunung Kinabalu. Tapi nasib tidak menyebelahi kami pada hari tersebut sebab puncak gunung dilitupi awan kabus tebal. Iklim disini dah berubah dan berasa dingin salju.. he he he. Aku sarankan bini aku shopping shoppen kat sini.

Kinabalu Park

image

Lepas saja shopping shoppen di sini kami meneruskan perjalanan menuju ke Kinabalu Park, bayaran RM3 dikena setiap seorang apabila kita memasuki kawasan Kinabalu Park. Apa yg menarik disini ialah anda dpt melihat titik permulaan pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu.
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Lepas tu bini aku trigger, “abg.. abg… kat sini la depa berlakon cerita Dejavu di Kinabalu”

image

Pekan Kundasang
Kami tiba di Pekan Kundasang dan plan makan tengahari disini. Sebelum makan, aku beli kepak ayam bakar. Dulu masa first time sampai sini member aku org sabah ajak singgah dan beli tongkeng ayam.. memang sedap. Aku ada mencuba salah satu gerai kepak ayam bakar sebelah restoran diatas bukit tu..nampaknya gerai yg mula mula tadi lagi best.
image
Gerai kepak ayam bakar yg dlm gambar diatas sedap.
image
Gerai ayam bakar yg dekat dgn restoran ni kureng sikit. Masa sampai di Kundasang, kami makan bihun sup daging dan ayam serta air teh ais. Jumlah keseluruhan makanan kami RM17.20 memang mahal.. makanan status tanah tinggi kot. Kepak ayam panggang cuma RM1.50 setiap satu. Lepas makan kami menuju ke Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
Perjalanan dari roundabout Kundasang cuma dalam 7-8km sahaja namun kereta sewa aku yg gear auto memang menguji skills utk memanjat ke Desa Dairy Farm. Sampai sahaja di sini bayaran RM4 seorang dikenakan.
image

image
image

image

image

image

image

image

image

Jalan Jalan HomePro Hatyai, Thailand

Standard

Cerita jalan-jalan aku kali ni pendek jer… ad-hoc planning sebab memang tak rancang nak masuk Siam pun cuma sekadar nak pi Bukit Kayu Hitam dan buat “Border Pass” kat Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam. Proses buat border pass tak lama, cuma masa setengah jam sahaja diambil. Apa yang anda perlu sediakan dalam proses buat border pass ialah

  • Gambar ukuran passport 2 keping
  • Photostat Kad Pengenalan
  • RM10
  • HANYA utk RAKYAT MALAYSIA yg LAHIR DI NEGERI BERSEMPADANAN DENGAN THAILAND DAN JUGA KEPADA YANG LAIN MESTI BEKERJA DI NEGERI BERSEMPADAN DGN THAILAND LEBIH DARI 3 TAHUN (SURAT PENGESAHAN DARI TEMPAT KERJA DIPERLUKAN)

Perjalanan kami (suami isteri) ke Hatyai hanyalah sampai di HomePro (lebih kurang macam IKEA, cuma kecil sedikit). Lagi satu lupa nak bagitau.. kalau masuk siam dengan kereta sendiri BELILAH INSURAN SIAM kerana ada kes dimana jika kereta kita tidak beli insuran siam dan ditahan oleh Polis Thailand, kita mungkin dikena caj sebagai membawa kenderaan seludup. Jadi berhati-hatilah dan belilah insuran Kenderaan Siam sebelum masuk ke pintu sempadan.

Peta Google Maps yg menunjukkan perjalanan aku pergi ke HomePro 

2013-05-12 11.08.35

2013-05-12 11.49.49 

2013-05-12 11.49.26

Kalau kita nampak ni dari Highway ke hatyai tu, maksudnya dah sampai laa ke HomePro

2013-05-12 11.51.52

2013-05-12 11.59.46

2013-05-12 12.06.42

2013-05-12 12.09.22

2013-05-12 12.15.59

Antara kedai yg berada didalam bangunan Homepro

2013-05-12 12.19.19

Surau pun disediakan.. Terbaekkk

2013-05-12 12.19.42

Sesuatu yg aku puji ialah Tandas yg disediakan cukup bersih. tergezut aku bila masuk sebab ingat spa.. dan ada sorang cleaner ni akan standby utk cuci once customer keluar dari tandas tu. Aku siap puji “Good’… Good.. Very Clean”.. lepas tu dia jawab “Kot Kun Kappp”

Lepas lepak sejam dua kat sini aku bertolak pulang.. Tak plan nak teroka Hatyai sebab nak kejar masa (mertua nak mai rumah petang tu..so kena laa gerak pulang). On the way balik kami cilok jalan ke Padang Besar, Thailand.. sekali lagi aku ulang Padang Besar Thailand (bukan Perlis punya yg kita dok pi tu)..

 

Sebab apa aku prefer Padang Besar Thailand, kat sini barang dia lebih murah sedikit dari Padang Besar Malaysia. Semua ni sebab geng geng cikgi sekolah bini aku laaa, dok cerita beli barang kat Pasaraya kecil di sebelah sana lagi best.. Kalau sampai awal lagi ada Nat (Pasar Hari)

Jalan jalan Cari Makan Restoran Arabian Mendy

Standard

Sejak dua menjak ni kawasan utara dok glamor dgn masakan Arab. Bagi org yg tak pernah jijak kaki kat tanah Arab mcm aku ni mungkin cukup sekadar pi pekena makan nasi kat restoran berkonsepkan makanan ala ala Arab. Pertengahan bulan Januari hari tu, aku dah pi Old Castle kat Anak Bukit, namun semua nya agak mengecewakan aku sebab makanan yg di sediakan tak menepati citarasa dan mungkin indah kabar dari rupa.
Hari ni aku berani mencuba sekali lagi masakan Nasi Arab di salah sebuah restoran baru dibuka di Bandar Darulaman, Jitra.

image

Setiba nya disini, suasana restoran yg tenang dan cantik telah membuka selera makan kami.

image

image

kepada pengunjung restoran, kita diberi pilihan nak makan bersila (duduk atas lantai) atau makan di meja.

image

Memandangkan perut aku buncit, jadi kami memilih utk duduk di meja.

image

Hidangan yg menjadi pilihan ialah Nasi Ayam Mendy yg berharga RM9

image

image

dan aku tambah side dish Hummuz RM4

image

Hummuz ini dihidang dgn roti (macam roti capati)

image

Aku order minum Arabic Tea RM1.50 dan bini aku pulak order nescafe (bancuh kat rumah pun boleh) juga berharga RM1.50

image

image

Jumlah harga makanan yg kami makan hari ni ialah RM25.50
Bila ditanya yg manakah satu menjadi pilihan antara Restoran Old Castle Anak Bukit (yg juga menyediakan Arab Food) dan Restoran Arab Mendy Jitra, aku akan memilih restoran Arab Mendy Jitra.

image

image

Gambar di atas menunjukkan salah satu restoran berkonsepkan makanan arab yg mungkin akan aku cuba di masa terdekat ini. in sha Allah..

Jalan Jalan Pak Bara, Thailand.

Standard

Edisi jalan jalan aku kali ni ialah pi makan tepi pantai jauh ke wilayah Satun (Selatan Thailand). Perancangan asal oleh member sekerja telah berjaya membawa 4 keluarga dan 4 buah kereta. Bergerak seawal jam 8am dari Kuarters Staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan kami tiba di pintu sempadan Malaysia-Thailand jam 9am.

image

Pos imigration Malaysia

image

Pos Imigration Thailand

image

Wang Kelian memang terkenal dgn destinasi membeli belah dikalangan rakyat Malaysia. Tapi tujuan kami bukan utk bershopping shoppen kat sini.

image

image

Kami nak masuk jauh ke dalam.

Jadi… kalau nak masuk dgn kenderaan jauh ke wilayah thai. Maksudnya aku kena beli insuran kereta thai. Insuran keta telah dibeli pada hari sebelum perjalanan di kedai runcit di Pekan Changlun (kedai runcit tumemaparkan insuran keta Thailand boleh dibeli disini)

image

Awek yg keja kat kedai runcit sedang menulis dokumen insuran keta.

image

Harga insuran yg aku beli ialah RM14 + RM2 (kos tulis kot) dan insuran ni boleh bertahan 9 hari.. Semasa di pos imigration Thailand, setiap kenderaan yg hendak di bawa masuk mestilah mempunyai insuran kenderaan Thai. Setelah urusan utk mendapat kan permit kenderaan selesai. ops… sebelum terlupa. Pastikan anda membawa salinan geran kereta dan juga insuran yg dibeli semasa mendapatkan permit kenderaan.
Kat sini pegawai kastam siam akan memasukkan maklumat kenderaan ke dlm sistem online mereka. Paling best kastam siam akan paw korang. Aku tgk org yg beratur sebelum aku ada yg bagi RM5 & ada pulak yg bagi RM10.
Bila dah tgk situasi mcm tu, akupun keluarkan RM 5 jer.. ceh tak sangka pulak kena paw.. Semasa nak stamp arrival pun kena pow.. RM2.. Jadi kos kena paw dgn imigresen siam ialah RM7..

Memandu di wilayah Selatan Thailand memang best. Jalanraya yg luas mcm highway kat tempat kita dan paling penting TAK ADA TOL.

image

image

Ada tesco lotus

image

image

Selepas hampir sejam memandu, akhirnya kami tiba di Pak Bara.

image

image

Setibanya kami di sini, program seterusnya ialah mencari makan.

image

image

Kedai makan yg menjadi pilihan kami ialah Nava Seafood. Betui laaaa cakap org, masakan siam ni memang best.. Sodappppp…

image

Restoran ini terletak di tepi pantai dan medan makan Pulak berlantaikan pasir.  Memang romantik.

image

image

Semasa di restoran ni, kami order makanan seperti gambar dibawah.

image

image

image

image

image

image

image

Jumlah keseluruhan harga makanan dan minuman ialah 715bath (RM71.50)

Selepas solat di masjid berhampiran kami bergerak menuju ke Pekan Satun. Kat sini beli beras wangi

image

dan kami juga sempat masuk hypermarket Big C yg ada kat pekan Satun.

image

Kami bergerak pulang pada jam 5pm dan tiba di Pos Imigresen Wang Kelian hampir pukul 6 pm. Sememangnya pengalaman memandu, makan dan bershopping di Wilayah Satun cukup indah.