Tag Archives: makan

Restoran Bunga Naga Atas Bukit

Standard

Baru-baru ni aku berkesempatan pi Restoran Bunga Naga Atas Bukit di Wang Tepus, Jitra, Kedah. Kunjungan pertama kali bersama isteri memang menyeronokkan kerana kami sampai pada jam 7.15pm sebelum masuk waktu maghrib. Dapat tgk restoran ni dlm waktu siang dan waktu malam.

image

Restoran ini terletak di atas bukit dan kalau nak pi kena letak kereta di lot parkir dikaki bukit restoran.

image

Suasana cukup menenangkan. Tgk gambar dibawah.

image

image

image

Setelah hampir setengah jam menunggu barulah makanan yg kami order tiba. Harga makanan agak berpatutan.

image

image

Aku order mee udang manakala bini aku pulak order mee bandung. Nak makan nasi perut kenyang.

image

Mee bandung RM4

image

Mee Udang RM10 (memang sedap, sampai kering kuah kami hirup)

image

Untuk minuman kami order jus naga aiskrim float. Sedap… harga RM4.50

image

Selesai solat maghrib di surau restoran. Kami pun beredar pulang. In sha Allah ada kesempatan nak mai lah lagi.. rindu pulak kat mee udang Restoran Naga Atas Bukit.