Bagaimana memohon IPO dari MITI?

Standard

Assalamualaikum wbt, mungkin ramai tertanya bagaimana nak memohon Saham Terbitan Awam atau Initial Public Offer (IPO) melalui Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI. Sebelum anda membaca lebih lanjut, perkara pertama yang harus anda lakukakn ialah mempunyai CDS Account. Kemudian daftar diri anda sebagai pelabur terlebih dahulu dengan MITI (Ministry of International Trade Industry).

PENDAFTARAN SEBAGAI PELABUR

  • Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2014, pelabur yang ingin memohon peruntukkan Saham Khas Bumiputera di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah dipohon untuk mendaftar sebagai pelabur di http://sahamonline.miti.gov.my. Keutamaan akan diberikan kepada pelabur yang telah berdaftar.
  • Permohonan Saham Khas Bumiputera masih lagi menggunapakai borang manual (seperti yang terdapat di Portal MITI). Hanya Pendaftaran sebagai pelabur MITI dilaksanakan secara online pada masa ini. Permohonan Saham Khas Bumiputera secara online akan diumumkan kelak.

Setelah anda selesai mendaftar, saya rasa anda sudah bersedia untuk memohon IPO dari MITI. Ketika post ini ditulis, saya baru selesai menyediakan dokumen dokumen yang dikehendaki oleh MITI bagi permohonan IPO. Melalui laman sesawang MITI anda diminta untuk memuat turun borang permohonan Individu IND/SP-QP07-L05 terlebih dahulu.

Perlu dingatkan, satu surat permohonan harus disediakan seperti gambar dibawah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

kemudian sediakan senarai semak &  isi borang permohonan Individu IND/SP-QP07-L05

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Borang Permohonan MITI

 

Segala BUKTI KEMAMPUAN KEWANGAN anda (Salinan Buku buku Amanah Saham atau Buku Tabung Haji) yang disahkan. Kerja ni agak melecehkan kerana kita kena walk in ke Bank, Pejabat ASNB dan Pejabat Tabung Haji untuk mendapatkan bukti salinan yang disahkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Salinan penyata bank TERKINI dan disahkan oleh Pegawai Bank beserta nama dan nombor staf pegawai bank tersebut)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Salinan kad Pengenalan yang JELAS MENUNJUKKAN STATUS BUMIPUTERA ANDA

 

~ Pi photostat salinan Kad Pengenalan Anda ~ jangan lupa palang…

Salinan Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

dan yang terakhir ialah SURAT KEBENARAN PERMOHONAN SAHAM dari Jabatan anda sekiranya anda adalah pegawai kerajaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

2 responses »

  1. Salam tuan, saya ingin bertanya tentang surat kebenaran dari Ketua Jabatan bagi memohon saham MITI ini. Jika di lihat di blog tuan, tuan ada meletakkannya. bolehkah tuan kongsikan intipati dokumen tersebut bagi tujuan rujukan saya membuat surat tersebut? kemudian.. jika di Politeknik tuan, surat tersebut siapa yang sain ye? tunjuk ajar dan nasihat tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan jutaan terima kasih.
    sekian, wassalam.

    Like

Leave a comment